Saturday, November 2, 2019

A Poem for my Malaysia

This poem is written in Malay Language, my homeland's national language. It is written in the spirit of the celebration of Malaysia's 62nd Independence Day. It is not meant to condemn or based on any specific ethnicity, or person. It is purely from the heart and mind of mine for the love of my birth country, a moment simply for my homeland.

Sejenak untukmu

Aku bukan bukan Melayu
kerana aku cukup Melayu,
cukup Cina, cukup India,
dan cukup lain-lain kaum.
Aku anak Malaysia.

Aku bukan bukan Melayu
kerana aku atuh pada rukun.
Rukun aku rukun negara.
Usah disindir kepercayaanku
kerana aku bukan calang-calang orang.
Aku anak Malaysia.

Aku bukan bukan Melayu.
Aku tahu Melayu, aku hormati Melayu,
dan aku cintai Melayu
kerana aku anak Malaysia.

Aku bukan anak India.

Bahasa ibuku Tamil, 
kampungku pekan Melayu,
sekolah rendahku sekolah Cina.
Kerjaku merantau dunia.

Kini sudah dekad lamanya
aku dikota London,
tetapi bahasa ratu
tidak menodai Bahasa Malaysiaku,
kerana aku bukan bukan Melayu.

Taat dan setia tiada sempadan,
Perpaduan kita menolak permusuhan.
Adat kita disulami akal bijak.
sehingga kita terus mencipta kiasan.

Aku diajar bersabar,
usah kau terkial-kial dengan teriakan,
kerana ini bukan  kialan
bersandarkan kaum.
Sulap tali, tegang lurus;
Silap bahasa, tegang tekak.
Aku bukan bukan Melayu.

Ayuh, eratkan tangan yang bersalam,
kerana kita sudah lama merdeka.
Malaysia bukan muda,
tidak mudah dikongkong.
Undur si kamu yang tamak-haloba,
mahu pun yang rakus kuasa,
kerana kami semua sama.

Kami sudah diajar lama.
Kami faham, 
Kami akur dan tulus;
bertolak-ansur dan bersatu,
dan sayang satu sama lain;
semuanya kerana Malaysia.

Malaysia cantik,
Dia ibu pertiwi.
Dia adil dan saksama.
Dia bijak.
Dia sudah lama mengajar kami erti perpaduan.

Aku, awak dan dia sama.
Lain rupa dan lain warna,
tetapi satu hati dan satu jiwa
kerana kita anak Malaysia-
sudah lama dijalur Gemilang.

Kita bukan bukan Melayu
Kita sudah cukup Melayu, cukup Cina
cukup India dan cukup lain-lain kaum.
Kita bangsa Malaysia.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Nukilan Teynmoli Subramaniam
Penamoli

No comments:

Post a Comment

Stay Long Enough to Hear It

Photo:Freepix Sometimes the thought doesn’t run— it waits. It stands just outside the noise, patient in a way that feels like silence, aski...